top of page
DJI_0464.JPG

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Portal Rasmi Politeknik Hulu Terengganu (PHT).

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berteraskan kemahiran TVET dalam berurusan dengan pelanggan khususnya di kawasan Hulu Terengganu, maka tentulah banyak maklumat perlu dikongsi bersama antara pihak Jabatan dengan pelanggan sama ada individu, pelajar, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, pertubuhan-pertubuhan mahupun orang ramai amnya.

Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan Revolusi Industri 4.0  menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian berbanding revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada tenaga elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

Laman web ini telah dikemas kini dari segi penampilan, kandungan dan paparan maklumat serta kemudahan urusan yang disediakan. Maklumat yang dipaparkan seperti Info Korporat, Jabatan dan Unit, Program Pengajian, Berita atau Aktiviti Semasa dan sebagainya dapat membantu orang ramai mengetahui sedikit info berkaitan dengan PHT.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman web ini, Politeknik Hulu Terengganu (PHT) dapat menyumbang ke arah k-society. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada pengunjung-pengunjung bagi memperbaiki lagi kandungan laman ini dari masa ke semasa.

​

YBrs. Hj. Azahan bin Haji Daud
Pengarah Politeknik Hulu Terengganu

  1. Politeknik Hulu Terengganu atau dengan singkatannya PHT merupakan salah sebuah politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memulakan operasi pada 2 Mei 2008.

  2. PHT memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik  Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.

  3. PHT telah berpindah ke Daerah Hulu Terengganu dengan menyewa sebuah bangunan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) yang terletak di Bandar Kuala Berang. Sehingga kini PHT masih kekal dibangunan ini sehingga kampus tetap PHT siap sepenuhnya.

  4. Kampus Baharu PHT telah siap sepenuhnya pada Jun 2019. Kampus Tetap PHT ini beralamat di Jalan Pengkalan Gawi, Tasik  Kenyir, Kuala Jeneris, 21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

bottom of page